BKS Facebook

Tuesday 2 February 2016

Tips merakam dram dengan menggunakan 6 mikrofon

6 mikrofon tersebut adalah dari pelbagai jenama dalam kategori ENTRY LEVEL.
BKH menggunakan mikrofon-mikrofon yg setakat ini ada didalam studio antaranya :


  1. Mikrofon Kondenser Behringer C1 (untuk Tom 1)
  2. Mikrofon Kondenser Samson MTR101 (untuk floor tom)
  3. Mikrofon Dinamik PV (untuk Snare dan Kick)
  4. Mikrofon Kondenser PV jenis pensil (2 biji untuk atas kepala)
Ok , cara untuk menghalakan mikrofon ini boleh juga menggunakan klip mic yang mana ia diklipkan di badan dram (tom , snare atau floor tom) ATAU menggunakan "mic stand" yang mana cara ini lebih baik berbanding menggunakan klip tetapi ikutlah kemampuan dimana jika tiada mic stand yang cukup boleh juga menggunakan klip mikrofon dan rakaman masih boleh diteruskan.

Lihat gambar dibawah untuk rujukan.







Please keep in mind , posisi untuk meletakkan mikrofon bergantung kepada jenis mikrofon dan suasana akustik bilik rakaman, Maknanya , jika di studio lain sangat besar kemungkinan perletakkan mikrofon itu berbeza dengan contoh diatas. Yang paling penting KERAJINAN mengeksperimen dalam mencari bunyi yang sedap didengar. Jangan risau sebab jika kamu dapat "sweet spot" untuk meletakkan mikrofon tersebut insyaallah bunyi yang diingini atau di imajin akan dapat. 

Jenis mikrofon juga memainkan peranan dalam menangkap bunyi dimana lagi mahal mikrofon tersebut lagi mahal la bunyi yang ditangkap TETAPI wajib digabung dengan perletakkan posisi mikrofon yang sesuai dan hasilnya pasti akan membuat telinga anda "senyum".

Untuk contoh bunyi rakaman yang terhasil menggunakan 6 biji mikrofon boleh didengar di Soundcloud yang dilink kan ke page ini. Temaseh.

P/s : Audio masih mentah tanpa edit mahupun efek tambahan (raw) dan telah dirakam perlahan jadi sila kuatkan volume speaker ya !

No comments:

Post a Comment